Thursday 7 July 2011

Pekida Malaysia added 43 new photos to the album SIDANG MEDIA: Anti-Bersih. SIDANG MEDIA: Anti-Bersih KUALA LUMPUR, 6 Julai 2011 - Presiden Pekida Malaysia, Haji Jamaludin Yusof hari... ini menegaskan bahawa, Majlis Tertinggi Pekida Malaysia telah mengeluarkan satu pendirian kepada semua ahlinya diseluruh negara agar menentang Perhimpunan Haram (Bersih) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Berikut adalah beberapa nota pendek Sidang Media: "Pekida menyeru semua pihak agar bersatu-padu bagi memelihara keamanan dan keharmonian di dalam negara ini, Malaysia" - Presiden, Haji Jamaludin Yusof "Pekida sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan segala peristiwa yang berlaku atau bakal berlaku di dalam negara ini. Kita amat memandang serius perkara seperti ini kerana ianya bakal menggugat keamanan dan keharmonian negara" - Timbalan Presiden, Dato' Haji Ramli Norani "Implikasi daripada perhimpunan seperti ini amat memudaratkan kerana ianya melibatkan pelbagai badan NGO, samada Parti Politik mahupun pihak-pihak berkepentingan dalam menentang Kerajaan yang sedia ada" - Naib Presiden, Haji Fuad Md. Isa "Pekida akan menentang keras terhadap segala perbuatan kianat yang akan dilakukan oleh mana-mana pihak, dan kami sebagai ahli Pekida amat komited dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di dalam negara ini" - Setiausaha Agung, Haji Mohd Zain Ghazali http://www.facebook.com/hjzain "Kita ingin menegaskan bahawa, Pekida akan sentiasa menyokong penuh tindakan kerajaan dalam memerangi gerakan menghidupkan semula Fahaman Kominis yang semakin melular di Malaysia" - Bendahari Agung, Abu Bakar Hamzah http://www.facebook.com/profil​e.php?id=100000771214394 "Pekida memberi amaran agar segala perhimpuan atau gerakan yang boleh mencetuskan huru-hara di dalam negara ini perlu dihentikan. Keharmonian yang telah dipupuk selama 53 tahun ini tidak boleh disia-siakan" - Ahli Majlis Tertinggi, Wan Abdul Rashid Wan Semail http://www.facebook.com/wan.ab​dulrashid "Selain menggugat keselamatan dan kententeraman awam, ia juga menjejaskan sumber perolehan peniaga-peniaga kecil dan pemandu teksi kerana perhimpunan seperti ini akan menakutkan para pelancong yang berada di negara ini" - Ahli Majlis Tertinggi, Mohd Syahril Abd Aziz http://www.facebook.com/ayahan​dasyahril.padangbalang "Kita harus sedar bahawa, sehingga kini kerajaan tidak pernah mengganggu gugat keamanan negara mahupun mengetepikan hak rakyat, jadi kenapa harus ada pihak yang sanggup merampas keharmonian ini hanya kerana nafsu berpolitik" - Timbalan Pengerusi Pekida Negeri Melaka, Mohd Marwan Abu Kasim http://www.facebook.com/mohdmk "Perhimpunan seperti ini bukan menjadi budaya kita. Marahkan nyamuk kelambu dibakar, hanya kerana nafsu beberapa orang ini, ianya bakal menggugat ketenteraman jiwa seluruh rakyat Malaysia. Adakah ini keadilan yang dicari. Kita harus bersyukur dengan keamanan yang ada di negara ini" - Pengerusi Ayahanda Pekida Negeri Melaka, Md. Sani Bahrom http://www.facebook.com/profil​e.php?id=100001308739848 "Kita yakin Perhimpunan Bersih ini mempunyai agenda tersirat yang tersendiri, dan jelas lebih menghancurkan masa depan negara. Rakyat tidak sepatutnya leka terhadap perkara ini" - Jawatankuasa Ayahanda Pekida Negeri Melaka, Haji Yahya Omar http://www.facebook.com/tnguru​.yahya Turut Hadir: Barisan Jawatankuasa Ayahanda Pekida Malaysia, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Perlis, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Kedah, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Pulau Pinang, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Perak, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Selangor, Wakil Jawatankuasa Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Pahang, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Sembilan, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Melaka, Wakil Jawatankuasa Pekida Johor, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Sarawak, Wakil Jawatankuasa Pekida Daerah, Jawatankuasa Pekida Cawangan dan lain-lain Jumlah Kehadiran: 100 orang --------------------------- SINAR HARIAN (7 JULAI 2011) --------------------------- Pekida bimbang dalam stadium cetus kekecohan KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bimbang tercetusnya keadaan huru-hara walaupun penganjur perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Presidennya, Jamaludin Yusof berkata, tiada beza, sama ada perhimpunan diadakan di tempat umum mahupun secara tertutup. Menurutnya, beliau menghargai tindakan penganjur berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyokong sekiranya perhimpunan dibatalkan. “Bagaimanapun, Pekida menaruh kebimbangan tetapi akan mengikuti perkembangan isu ini dengan serius kerana tidak mahu timbul perkara menyusahkan rakyat. “Pekida sebagai pertubuhan yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berharap supaya pihak tertentu yang mahu menimbulkan huru-hara tidak meneruskan perhimpunan itu dalam bentuk apa sekalipun,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Majlis Bertindak Menentang Kekacauan (Anti-Bersih), Datuk Ramli Norani termasuk kira-kira 50 Ahli Majlis tertinggi Pekida seluruh negara. Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa bersedia sebagai banteng terakhir sekiranya perhimpunan yang berlangsung akan menimbulkan keadaan yang huru-hara. Jamaludin turut mengingatkan ahli Pekida seluruh negara agar bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku. “Setiap ahli Pekida maklum mengenai tanggungjawab masing-masing berlandaskan tujuan penubuhan Pekida sendiri dan tidak menentang dengan hanya membuta tuli,” katanya.

Pekida Malaysia added 43 new photos to the album SIDANG MEDIA: Anti-Bersih.
KUALA LUMPUR, 6 Julai 2011 - Presiden Pekida Malaysia, Haji Jamaludin Yusof hari... ini menegaskan bahawa, Majlis Tertinggi Pekida Malaysia telah mengeluarkan satu pendirian kepada semua ahlinya diseluruh negara agar menentang Perhimpunan Haram (Bersih) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Berikut adalah beberapa nota pendek Sidang Media:

"Pekida menyeru semua pihak agar bersatu-padu bagi memelihara keamanan dan keharmonian di dalam negara ini, Malaysia" - Presiden, Haji Jamaludin Yusof

"Pekida sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan segala peristiwa yang berlaku atau bakal berlaku di dalam negara ini. Kita amat memandang serius perkara seperti ini kerana ianya bakal menggugat keamanan dan keharmonian negara" - Timbalan Presiden, Dato' Haji Ramli Norani

"Implikasi daripada perhimpunan seperti ini amat memudaratkan kerana ianya melibatkan pelbagai badan NGO, samada Parti Politik mahupun pihak-pihak berkepentingan dalam menentang Kerajaan yang sedia ada" - Naib Presiden, Haji Fuad Md. Isa

"Pekida akan menentang keras terhadap segala perbuatan kianat yang akan dilakukan oleh mana-mana pihak, dan kami sebagai ahli Pekida amat komited dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di dalam negara ini" - Setiausaha Agung, Haji Mohd Zain Ghazali http://www.facebook.com/hjzain

"Kita ingin menegaskan bahawa, Pekida akan sentiasa menyokong penuh tindakan kerajaan dalam memerangi gerakan menghidupkan semula Fahaman Kominis yang semakin melular di Malaysia" - Bendahari Agung, Abu Bakar Hamzah http://www.facebook.com/profil​e.php?id=100000771214394

"Pekida memberi amaran agar segala perhimpuan atau gerakan yang boleh mencetuskan huru-hara di dalam negara ini perlu dihentikan. Keharmonian yang telah dipupuk selama 53 tahun ini tidak boleh disia-siakan" - Ahli Majlis Tertinggi, Wan Abdul Rashid Wan Semail http://www.facebook.com/wan.ab​dulrashid

"Selain menggugat keselamatan dan kententeraman awam, ia juga menjejaskan sumber perolehan peniaga-peniaga kecil dan pemandu teksi kerana perhimpunan seperti ini akan menakutkan para pelancong yang berada di negara ini" - Ahli Majlis Tertinggi, Mohd Syahril Abd Aziz http://www.facebook.com/ayahan​dasyahril.padangbalang

"Kita harus sedar bahawa, sehingga kini kerajaan tidak pernah mengganggu gugat keamanan negara mahupun mengetepikan hak rakyat, jadi kenapa harus ada pihak yang sanggup merampas keharmonian ini hanya kerana nafsu berpolitik" - Timbalan Pengerusi Pekida Negeri Melaka, Mohd Marwan Abu Kasim http://www.facebook.com/mohdmk

"Perhimpunan seperti ini bukan menjadi budaya kita. Marahkan nyamuk kelambu dibakar, hanya kerana nafsu beberapa orang ini, ianya bakal menggugat ketenteraman jiwa seluruh rakyat Malaysia. Adakah ini keadilan yang dicari. Kita harus bersyukur dengan keamanan yang ada di negara ini" - Pengerusi Ayahanda Pekida Negeri Melaka, Md. Sani Bahrom http://www.facebook.com/profil​e.php?id=100001308739848

"Kita yakin Perhimpunan Bersih ini mempunyai agenda tersirat yang tersendiri, dan jelas lebih menghancurkan masa depan negara. Rakyat tidak sepatutnya leka terhadap perkara ini" - Jawatankuasa Ayahanda Pekida Negeri Melaka, Haji Yahya Omar http://www.facebook.com/tnguru​.yahya


Turut Hadir: Barisan Jawatankuasa Ayahanda Pekida Malaysia, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Perlis, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Kedah, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Pulau Pinang, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Perak, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Selangor, Wakil Jawatankuasa Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Pahang, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Sembilan, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Melaka, Wakil Jawatankuasa Pekida Johor, Wakil Jawatankuasa Pekida Negeri Sarawak, Wakil Jawatankuasa Pekida Daerah, Jawatankuasa Pekida Cawangan dan lain-lain

Jumlah Kehadiran: 100 orang


---------------------------
SINAR HARIAN (7 JULAI 2011)
---------------------------

Pekida bimbang dalam stadium cetus kekecohan

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bimbang tercetusnya keadaan huru-hara walaupun penganjur perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Presidennya, Jamaludin Yusof berkata, tiada beza, sama ada perhimpunan diadakan di tempat umum mahupun secara tertutup.

Menurutnya, beliau menghargai tindakan penganjur berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyokong sekiranya perhimpunan dibatalkan.

“Bagaimanapun, Pekida menaruh kebimbangan tetapi akan mengikuti perkembangan isu ini dengan serius kerana tidak mahu timbul perkara menyusahkan rakyat.

“Pekida sebagai pertubuhan yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berharap supaya pihak tertentu yang mahu menimbulkan huru-hara tidak meneruskan perhimpunan itu dalam bentuk apa sekalipun,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Bertindak Menentang Kekacauan (Anti-Bersih), Datuk Ramli Norani termasuk kira-kira 50 Ahli Majlis tertinggi Pekida seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa bersedia sebagai banteng terakhir sekiranya perhimpunan yang berlangsung akan menimbulkan keadaan yang huru-hara.

Jamaludin turut mengingatkan ahli Pekida seluruh negara agar bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku.

“Setiap ahli Pekida maklum mengenai tanggungjawab masing-masing berlandaskan tujuan penubuhan Pekida sendiri dan tidak menentang dengan hanya membuta tuli,” katanya.

No comments:

Post a Comment